Kem kepimpinan ini diadakan bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah tujuannya untuk memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai kelebihan dalam memimpin . Selain itu , kem kepimpinan ini diadakan adalah untuk kami sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) menjadi seorang ketua , pembuat keputusan , pentindak , perancangan dan perubahan dalam setiap diri kami . Matlamat kem kepimipinan ini juga adalah untuk kami memahami tugas tugas yang bakal kami lakukan sebagai JPP . Melalui kem kepimpinan ini juga setiap kami ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat mempelajari ciri – ciri setiap kepimpinan seperti sentiasa tegas dan konsisten , ikhlas dan sabar , dan juga berperanan dalam mengambil berat dikalangan kami sebagai seorang pemimpin. Dalam kem kepimpinan ini ia dapat membantu setiap ahli JPP berkeyakinan dalam melaksanakan tugas tugas yang bakal dilakukan. Kem kepimpinan ini juga turut melatih dan mangajar ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk belajar lebih berdisiplin dari segi perwatakan , tingkah laku , pertututran diantara satu sama yang lain , dan sebagainya .
Hari Pertama iaitu pada hari jumaat petang , semua ahli JPP lama dan JPP baru telah berkumpul di luar perkarangan kantin untuk menunggu Bas ICATS yang akan membawa kami semua ke Kem Alapong, Lundu. Kami berkumpul pada lingkungan jam 1.30 petang. Tapi atas sedikit masalah yang dialami oleh bas yang akan membawa kami ke sana , kami terpaksa menunggu dan bertolak pada jam 4 lebih , kira – kira 2 jam lebih , kami sampai ke kem Alapong , Lundu . Setiba di persimpangan kecil menuju ke kem Alapong , kami JPP baru diminta untuk turun dari bas , dan kami diminta berjalan kaki ke kem . Kemudian , kami dikehendaki untuk mengeluarkan barang – barang kami dari kargo bas .dan kami disambut dengan mesra dengan pihak pihak pengurusan Kem Alapong. Kami berkumpul di dewan makan , sementara yang muslim diminta untuk mengejarkan kewajibpan ( sembahayang ) dan kami berkumpul semula untuk ucpara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku sebagai satu lambang hormat kita sebagai Rakyat Malaysia .
Setelah dibahagikan dalam tiga kumpulan , Tuan Haji menerangkan kepada kami mengenai peraturan – peraturan dalam Kem Alapong sepanjang program Kem Kepimpinan ini dijalankan selama 3hari dan 2malam. Selain itu juga , beliau memberi sedikit penerangan mengenai setiap amanah amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan Kem Kepimpinan kepada kami seperti belon dijadikan sebagai tag nama kami dan aktiviti kami diteruskan lagi dengan mereka cipta panji dalam setiap kumpulan . Aktiviti mereka panji ini berlandaskan dengan idea tersendiri dalam setiap kumpulan . Panji ini kemudian dibentangkan di depan ahli ahli yang lain dan menerangkan maksud setiap ukiran , lakaran yang telah dibuat. Selepas perbentangan Panji dari setiap kumpulan , aktiviti seterusnya diteruskan oleh Tuan Haji dengan taklimat beliau mengenai Konsep 8M dan juga 7Alat Berfikir . Beliau menerangkan setiap huraian konsep 8M dan 7 Alat berfikir .
Inilah Kami 14 JPP yang Baru Sesi 2011 - 2013 "We're Family" ..!!! Will be contiunes hari kedua and ketiga .................. |
No comments:
Post a Comment