Sunday, November 6, 2011

23 OKTOBER 2011 , HARI KETIGA (TERAKHIR CAMPING) Di ALAPONG , LUNDU ..

  Hari terakhir tepat pukul 5.00pagi , bangun pagi dan masing masing membersihkan diri, dan ada yang pergi ke surau untuk solat subuh bagi mereka yang beragama Islam . Setelah selesai bersihkan diri , kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera dan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku . Kemudian aktiviti pagi kami ialah senamanrobik dipimpin oleh Navin . Senamanrobik ini ini selama 1jam dan diiring oleh pelbagai muzik . Senamanrobik ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan aktiviti kami yang seterusnya memandangkan hari terakhir kami pada masa itu. Perasaan letih terus hilang dan wajah kami setiap ahli berseri – seri . Setelah habis senamanrobik , kami sarapan pagi dan kemudian bersihkan diri .
  
 Pada pukul 8.30pagi kami ada perjumpaan dan perbincangan dengan Tuan Haji (Ketua Fasilitator) mengenai Masjlis Penutupan Kem Kepimpinan Alapong , Lundu .Selepas perjumpaan dan perbincangan itu tadi kemudian Tuan Haji menerangkan pengenalan mengenai setiap 6 elemen K.I.S.M.I.S yang makna ia membawa maksud setiap perkataan seperti “Kristal : Kami Fokus , Irama : Berkomunikasi dan berinteraksi , Samudera : Proses menimba ilmu , Matahari : Berbakti dan Ikhlas, Sempurna : Pemikiran , Kreativiti dan Inovasi , Intan : Kasih Sayang dan Kerjasama” . Setelah itu , kami kemudian ada aktiviti bersama Ahli JPP lama (senior) , dalam aktiviti ini kami diuji dengan pemikiran dan kematangan kami dalam menjawab setiap soalan yang ditujukan oleh JPP lama(senior) , Cik Arissa dan Encik Khalid . Melalui aktiviti ini juga dapat menguji kesabaran setiap kami ahli JPP yang baru . Ada saatnya kami kena saling membantu dengan ahli yang lain dalam sesi jawab soalan . Memberi tekanan kepada kami semua dan kami dapat mengawal kesabaran dan menerima kritikan mereka kepada kami dengan hati yang terbuka dan aktiviti ini mengambil masa 1jam. 

kami diuji dengan pemikiran dan kematangan kami dalam menjawab setiap soalan yang ditujukan oleh JPP lama(senior) , Cik Arissa dan Encik Khalid  


Selepas sesi bersama JPP lama (senior) , kami kemudian membuat persediaan bagi Majlis Penutupan Kem Kepimpinan JPP baru bagi sesi 2011 – 2013. Masing – masing mengambil peranan pada masa itu . Antara tugasan setiap ahli pada masa itu ialah pengacara majlis , susun atur kerusi , pentas , menjaga slide , penyediaan hadiah dan sijil. Tepat jam 10.30pagi , Majlis penutupan Kem Kepimpinan dimulakan dan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku , lagu tema Inspirasi , dan diikuti dengan sedikit slide / video sepanjang kami berada di Kem Alapong selama 3hari 2malam . Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan pada masa itu dan melalui kenangan ini , kami dapat mengambil pengajaran yang diluahkan kepada kami dan kami sangat bangga kerana terpilih untuk ke Kem Alapong , Lundu .



Sesi majlis penutupan diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil peserta JPP baru ialah Navin . Dalam ucapan tersebut , Navin memohon maaf atas semua kesalahan kesalahan yang kami lakukan selama program kem kepimpinan ini berjalan . Selain itu , Navin mewakilkan kami semua seramai 14 JPP yang baru mengucapkan ribuan terima kasih atas penat lelah mereka terhadap kami dan mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar . Ucapan diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Haji , yang mana ucapan beliau amat berterima kasih dan bangga dengan prestasi kami sepanjang 3hari 2malam dan ucapan beliau ada menegaskan apa yang diajar dan kami perlu ambil sebagai pegangan ataupun prinsip prinsip apabila kami di luar sana nanti . Ucapan terakhir diteruskan oleh Cik Arissa yang mana juga berpuas hati dengan apa yang kami lakukan . Selain itu , beliau mengharapakan kami ada membawa sesuatu dari Kem Alapong tersebut sepanjang kami mengikuti program Kem Kepimpinan , seperti yang dikatakan oleh Tuan Haji “datang dengan kurus dan balik dengan isi yang gemuk” yang itulah diharapkan oleh semua pihak yang terlibat. Setelah ucapan , sesi penyampaian sijil kepada setiap peserta iaitu 14 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2011 – 2013 .
Navin salah seorang wakil JPP yang baru mewakilkan kami semua seramai 14 JPP yang baru mengucapkan ribuan terima kasih atas penat lelah mereka terhadap kami dan mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar 
Ucapan terakhir diteruskan oleh Cik Arissa yang mana juga berpuas hati dengan apa yang kami lakukan  

 Persembahan dari kumpulan biru kerana mereka mendapat tempat yang pertama dalam malam persembahan yang bertemakan “Hijau”.  Makan tengah hari diteruskan , kami makan tengah hari buat kali terakhir di Kem Alapong . Selepas makan , kami mengemas dan membersihkan meja makan dengan hiasan yang kami susun atur . Kami kemudian mengemaskan barang barang kami di khemah dan disimpan ke dalam kargo bas ICATS yang mana sudah lama menanti . Selepas habis berkemas , kami diminta berkumpul dan menurunkan bendera untuk kali terakhir kami di Kem Alapong dan sesi menyerahkan panji kepada Tuan Haji sebagai kenangan setiap ahli kumpulan dan sesi perpisahan kami dengan Tuan Haji dengan sedikit nyanyian perpisahan .Dan akhir sekali sesi gambar seramai kami 14 orang dan diikuti dengan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar lama (senior) sebagai kenangan yang paling terindah buat kami semua . Kami kemudian bertolak dari Kem Alapong untuk menuju pulang ke Kolej ICATS , perjalanan mengambil masa dalam 2jam dan akhirnya kami sampai dengan selamat . 
Persembahan dari kumpulan biru kerana mereka mendapat tempat yang pertama dalam malam persembahan yang bertemakan “Hijau”.


 

Aktiviti sesi perpisahan bersama Tuan Haji   dan Aktiviti sesi perpisahan bersama Tuan Haji dan berjabat tangan diantara kami 14orang JPP baru.

 
Berjabat tangan denan Staff Kem Alapong ... 
Inilah kami sekali lagi 14 ahli JPP Baru PPKS/ICATS 2011 - 2013 

Aktiviti sesi gambar bersama Ahli Jawatan kuasa Perwakilan Pelajar baru dan lama . Kenangan dan juga bersama Mis Arissa yang tidak dapat dilupakan sepanjang program kem kepimpinan ini dijalankan.

Inilah tempat kami menjalankan Program Kem Kepimpinan Perwakilan Pelajar di Kem Alapong , Lundu selama 3hari dan 2hari ....!! Terima Kasih Alapong ...!!!

No comments:

Post a Comment