Wednesday, November 2, 2011

22 OKTOBER 2011  HARI KEDUA KEM KEPIMPINAN


 Hari kedua tepat pukul 5.00pagi , bangun pagi dan masing masing membersihkan diri, dan ada yang pergi ke surau untuk solat subuh bagi mereka yang beragama Islam . Setelah selesai bersihkan diri , kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera dan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku . Kemudian kami membuat senaman pagi dan setiap kumpulan diminta jogging ke Pandan Beach mengikut kumpulan . Perjalanan jogging pada masa itu dalam setengah kilometer jarak jauh dari Kem Alapong. Setiba di pantai Pandan kami dikehendaki berkumpul dan diberi sedikit tugasan iaitu Aktiviti mencari bahan bahan di sekeliling pantai untuk aktiviti menghias meja makan . Setiap kumpulan dikhendaki mencari bahan untuk menghias meja kampung beralakan kampung. Ada yang mencari kulit cengkerang , tempurung kelapa , batu kecil pantai yang berbentuk , dan bunga . Kami diberi masa 10minit untuk mencari bahan hiasan meja pada masa itu , setelah siren dibunyikan , setiap kami ahli kumpulan kembali ke tempat Puan berdiri dan kami meneruskan perjalanan balik ke Kem dengan menggunakan jalan pantai . Keindahan pantai pada masa itu amatlah cantik dengan awan awan yang menyelubungi gunung dan ganang . Dalam perjalanan balik ada yang dari kami sempat mengambil bahan hiasan untuk menambahkan lagi bahan bahan yang kami guna untuk menghias . Sampai di Kem , kami teruskan aktiviti kami ialah menghias meja makan dengan bahan yang telah kami ambil di pantai tadi . Pada masa itu , masing – masing mengambil peranan dalam menyiapkan hiasan meja makan tersebut . Ada yang mencuci bahan yang telah ambil di pantai tadi , ada yang menyusun dan ada yang merekacipta . 
Ahl Kem Kepimpinan dari Kumpulan Kuning , Biru And Merah Aktiviti Cari Hiasan untuk Meja Makan

Antara Hasil Hiasan Meja yang diambil di Pantai Pandan

Setelah habis menghias meja makan yang ala – ala kampung , kami kemudian menikmati sarapan pagi untuk menambahkan tenaga kami dalam aktiviti seterusnya . Setelah sarapan pagi ada yang pergi bersihkan diri dan ada yang berkumpul di dewan makan untuk aktiviti seterusnya di Dewan . Siren dibunyikan dan kami semua pergi ke Dewan untuk taklimat dari Tuan Haji iaitu mengenai aktiviti menggembara . Dalam taklimat yang diberikan oleh beliau menerangkan langkah langkah keselamatan kami semasa menggembara di dalam Hutan. Perjalanan yang kami akan berjalan sepanjang 7kilometer pergi dan 7kilometer balik semuanya 14kilometer , perjalanan yang amat jauh . Kami juga diberi sedikit taklimat mengenai penggunaan Compas yang mana aktiviti tersebut dikenali sebagai Compas Mancing . Dalam aktiviti Compas Mancing kami diberikan kepada 3 checkpoint yang mana ianya akan menentukan tempat destinasi yang tepat untuk kami tujui . Dan juga kami diberi tugasan oleh Tuan Haji untuk mencari  tumbuhan Hijau iaitu “Flora dan Fauna” dalam setiap kumpulan. Setelah habis diberi taklimat tersebut ,kami kemudian diberi 10minit masa untuk kami bersiap sedia untuk menyediakan diri , membekalkan air minuman ataupun makanan , memakai pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan. 
 
Aktiviti Menggembara Di Kampung Pandan.
 . Siren dibunyikan oleh Tuan Haji dan itu menandakan bahawa perjalanan menggembara akan bermula sebentar lagi . Bacaan doa yang diiring oleh Suhadi dan mereka yang bukan beragama Islam berdoa dalam agama masing – masing . Perjalanan menggembara diteruskan dan diiringi dua orang JPP lama (senior) dan seorang ketua yang mana akan memastikan keselamatan kami setiap kumpulan selamat . Perjalanan yang amat jauh pada masa itu , dengan keadaan cuaca dipagi hari memberikan protein dalam badan . Setiba di sebuah perkampungan kami masuk dan teruskan lagi perjalanan menuju ke padang bola dimana kumpulan biru dan kuning dan para pengiring sudahpun berkumpul disana untuk masuk ke hutan. Kami kemudian mendengar sedikit lagi taklimat oleh Tuan Haji sebelum masuk ke dalam Hutan . Kemudian setiap satu kumpulan masuk ke hutan dengan arahan yang diberikan oleh Tuan Haji . Dalam perjalanan kami dikehendaki untuk mengambil gambar hijau iaitu “Flora dan Fauna” . Setelah sampai ke checkpoint yang pertama iaitu kumpulan biru dan diikuti oleh kumpulan merah dimana kami di checkpoint E , dan kami memulakan aktiviti kami iaitu aktiviti Compas Mancing yang diketuai oleh Navin . Aktiviti Compas ini memakan masa selama 1jam untuk kami sampai ke destinasi yang seterusnya . Dalam perjalanan kami menemui tumbuhan Hijau “Flora dan Fauna” dan kami sempat mengambil gambar sebagai bukti dari kumpulan kami 
Aktiviti Compas Mancing "Kumpulan Mermaid Rockz"

 Semasa dalam aktiviti menggembara kami kumpulan merah bekerjasama , saling membantu di antara kami dan juga komunikasi yang baik wujud di antara kami . Dalam aktiviti compas mancing semua ahli dalam kumpulan merah mengambil peranan dalam penggunaan compas. Berlaku sedikit masalah kumpulan merah apabila setiap kami kumpulan mempunyai masalah penglihatan “rabun jauh” disebabkan perjalanan menggembara kami mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi dan salah satu dari kami pun pada masa itu tidak menggunakan  “eye glasses”. Sampai ke tempat destinasi terakhir , kumpulan merah merupakan kumpulan akhir yang tiba ke tempat destinasi iaitu “checkpoint” yang terakhir. Destinasi yang terakhir ini kami setiap kumpulan dikehendaki untuk bentangkan tumbuhan Hjiau “Flora dan Fauna” yang telah kami temui . Perbentangan ini mengambil masa dalam 45minit kerana masa tidak mengizinkan pada masa itu. Selepas habis saja perbentangan kami kemudian bersiap untuk balik ke tempat permulaan menggembara kami, dalam perjalanan balik salah satu dari ahli setiap kumpulan dikehendaki untuk menutup mata menggunakan kain yang telah disediakan oleh Tuan Haji.  

Salah satu kumpulan yang menutup mata ....

  Tujuan ini dibuat adalah untuk memastikan setiap ahli fokus dengan maklumat yang disampaikan dengan betul. Setiap ahli dalam kumpulan mengambil peranan tersebut sehingga lah sampai yang Tuan Haji tetapkan. Perjalanan diteruskan lagi untuk balik semula ke Kem juga mengambil masa yang sedikit lama untuk sampai . Sesudah sampai kami ke Kem , kami kemudian berehat dalam beberapa minit dan makan tengah hari memandangkan hari sudah petang disebabkan masa yang terbuang begitu lama dengan aktiviti menggembara . Setelah habis makan tengah hari kami kemudian berehat sebentar untuk aktiviti petang kami seterusnya . Ada ahli yang pergi sembahyang dan ada yang berehat di Dewan membincangkan aktiviti malam persembahan sambil menunggu kedatangan ahli yang lain .  Setelah semua berkumpul di Dewan kami diberi sedikit taklimat dari Tuan Haji mengenai setiap amanah amanah kami seperti belon dan panji panji setiap kumpulan . Kumpulan Kuning dikenakan hukuman kerana panji mereka telah diambil oleh Sir . Dan mereka diminta untuk mencarinya atau akan dikenakan setiap ahli membawa kelapa tua semasa aktiviti petang kami . Aktiviti petang kami pada hari kedua ialah “Larian Berhalangan bersama “Amanah Tongkat Buluh” . Kami diberi sedikit peraturan – peraturan setiap halangan yang kami bakal tempuhi , salah satunya ialah memastikan setiap “Amanah Tongkat Buluh” setiap kumpulan tidak boleh kena pada setiap halangan dan juga sentiasa memastikan Panji dijaga dengan baik . Setiap kesalahan dibuat sudah pasti ada hukuman antara hukuman yang dikenakan pada masa itu ialah arang di muka ditambah lagi dengan air belacan , kemudian ada hukuman yang diminta kami baring dan mengangkat “Amanah Tongkat Buluh” bertubi tubi sebanyak 10kali dan ia kenalah seretak . 
Kumpulan Mermaid Rockz didenda iaitu "baring dan mengangkat “Amanah Tongkat Buluh” bertubi tubi sebanyak 10kali "

 Selain itu , hukuman kami berterusan dengan bermandikan pasir , dan lumpur yang agak kotor yang disapu pada kepala dan muka . Satu hukuman yang sangat bagus bagi kami ada tidak mendengar arahan Tuan Haji semasa memegang “Amanah Tongkat” itu . Aktiviti “Larian Berhalangan” ini berterusan sehingga habis section section yang mereka telah sediakan . Melalui aktiviti “Larian Berhalangan” ia dapat membantu kami bekerjasama , faham di antara satu sama yang lain , sokongan dari setiap ahli kumpulan dan juga dapat membantu mengawal kesabaran kerana sebagai seorang pemimpin haruslah mempunyai kesabaran dalam setiap tugas yang dilakukan tidak kira walaupun apapun keadaan . Setiap halangan yang kami tempuhi , kami berusaha untuk menghabiskan secepat yang mungkin dan mendengar arahan arahan yang diperintahkan oleh pihak AJK . Setelah tamat saja aktiviti “Larian Berhalangan” dan kami setiap kumpulan berjaya menghabiskan kami diberi peluang untuk bersihkan diri di Pantai selama 15minit dan dikehendaki mencuci “Amanah Tongkat Buluh” . Selama 15minit semua ahli bergembira kerana dapat mandi di pantai walapun sekejap saja . Kemudian kami bersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam setelah habis makan malam kami berehat sebentar kerana ada ahli yang beragama Islam Maghrib dan solat Isyak . Ada setengah ahli membincangkan tentang persediaan malam persembahan dan kami diberi 45minit untuk perbincangan malam persembahan bertemakan “Hijau” .
    Tepat pukul 9malam , bermulalah malam persembahan kami yang mana kumpulan kuning kumpulan pertama yang memulakan persembahan yang mengenai “Hijau” diikuti dengan kumpulan biru dan akhir sekali kumpulan Merah . Setiap persembahan ada idea dan kreativiti sendiri , contohnya kumpulan kuning dan biru masing masing persembahan yang menarik pada malam itu . Manakala kumpulan Merah menggunakan persembahan yang asli dari hutan iaitu penggembaraan kami pada pagi hari kedua kami gunakan untuk manfaat tumbuhan “Hijau” iaitu “Flora dan Fauna”. Setelah habis persembahan, markah persembahan pun diberi dan kumpulan biru mendapat tempat pertama dikuti oleh kumpulan kuning dan merah. Kemudian aktiviti kami seterusnya ialah sesi hukuman yang mana amanah – amanah yang diberikan seperti belon dan panji . Bagi ahli yang belon yang pecah , kurang angin diminta untuk berdiri di hadapan . Dalam sesi hukuman tersebut, Tuan Haji menegaskan bahawa setiap amanah yang diberikan amatlah penting dan perlu tahu betapa pentingnya setiap kami ahli menjaga setiap amanah yang diberikan. Hukuman yang diberikan pada masa itu ialah satu batang lilin yang pelbagai bentuk ada lilin yang pendek , sederhana dan ada lilin yang hampir nak habis . 
 
Aktiviti Hukuman "Lilin"
  Sesi hukuman ini adalah untuk menyedarkan bahawa pentingnya semangat sepasukan dalam setiap kumpulan . Dalam sesi hukuman ini kami bekerjasama dengan ahli yang dikenakan hukuman , antara hukuman yang pertama kami dikenakan ialah membawa lilin mengelilingi tempat Kem Alapong dan pastikan lilin tersebut tidak terpadam . Tuan Haji tidak berapa puas hati dengan kerjasama kami dan kami dihukum lagi dengan membawa lilin ke tempat yang tidak jauh dari pagar Kem Alapong . Pada mulanya kami seharusnya membawa lilin tersebut ke rumah kosong di pinggiran Kem Alapong akan tetapi perancangan tersebut tidak menjadi kerana kami memang tidak dibenarkan pergi ke sana dan kami kembali ke Dewan . Sekali lagi Tuan Haji masih tidak berpuas hati dengan kumpulan merah kerana berlakunya maslah yang tidak dapat Tuan Haji maafkan maka kami kumpulan merah dikenakan hukuman dengan membawa batu yang agak berat ditepi Dewan . Masing – masing membawa batu tersebut mengelililngi Kem Alapong . Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan pada masa itu dari itu lah kami dapat belajar mengenai erti Kerjasama , Tolong – menolong di antara kami dan juga erti “Satu Keluarga” . 
 Setelah habis sesi hukuman , kami mendapat pengajaran yang amat besar dalam setiap kami sebagai seorang pemimpin JPP yang baru . Kami kemudian menurunkan bendera dan sekali lagi kami dihukum oleh JPP (senior) kerana kesilapan kami ialah menurunkan bendera dengan menyanyi lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku . Kami disuruh “sit up” sebanyak 30kali dan kami diberi pengajaran . Dan kami bersurai dan menikmati tidur kami pada malam terakhir kami di Kem Alapong. 




Selepas Sesi Hukuman Terhadap saya :Suprise Chentaa" 

No comments:

Post a Comment