Sunday, November 6, 2011

23 OKTOBER 2011 , HARI KETIGA (TERAKHIR CAMPING) Di ALAPONG , LUNDU ..

  Hari terakhir tepat pukul 5.00pagi , bangun pagi dan masing masing membersihkan diri, dan ada yang pergi ke surau untuk solat subuh bagi mereka yang beragama Islam . Setelah selesai bersihkan diri , kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera dan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku . Kemudian aktiviti pagi kami ialah senamanrobik dipimpin oleh Navin . Senamanrobik ini ini selama 1jam dan diiring oleh pelbagai muzik . Senamanrobik ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan aktiviti kami yang seterusnya memandangkan hari terakhir kami pada masa itu. Perasaan letih terus hilang dan wajah kami setiap ahli berseri – seri . Setelah habis senamanrobik , kami sarapan pagi dan kemudian bersihkan diri .
  
 Pada pukul 8.30pagi kami ada perjumpaan dan perbincangan dengan Tuan Haji (Ketua Fasilitator) mengenai Masjlis Penutupan Kem Kepimpinan Alapong , Lundu .Selepas perjumpaan dan perbincangan itu tadi kemudian Tuan Haji menerangkan pengenalan mengenai setiap 6 elemen K.I.S.M.I.S yang makna ia membawa maksud setiap perkataan seperti “Kristal : Kami Fokus , Irama : Berkomunikasi dan berinteraksi , Samudera : Proses menimba ilmu , Matahari : Berbakti dan Ikhlas, Sempurna : Pemikiran , Kreativiti dan Inovasi , Intan : Kasih Sayang dan Kerjasama” . Setelah itu , kami kemudian ada aktiviti bersama Ahli JPP lama (senior) , dalam aktiviti ini kami diuji dengan pemikiran dan kematangan kami dalam menjawab setiap soalan yang ditujukan oleh JPP lama(senior) , Cik Arissa dan Encik Khalid . Melalui aktiviti ini juga dapat menguji kesabaran setiap kami ahli JPP yang baru . Ada saatnya kami kena saling membantu dengan ahli yang lain dalam sesi jawab soalan . Memberi tekanan kepada kami semua dan kami dapat mengawal kesabaran dan menerima kritikan mereka kepada kami dengan hati yang terbuka dan aktiviti ini mengambil masa 1jam. 

kami diuji dengan pemikiran dan kematangan kami dalam menjawab setiap soalan yang ditujukan oleh JPP lama(senior) , Cik Arissa dan Encik Khalid  


Selepas sesi bersama JPP lama (senior) , kami kemudian membuat persediaan bagi Majlis Penutupan Kem Kepimpinan JPP baru bagi sesi 2011 – 2013. Masing – masing mengambil peranan pada masa itu . Antara tugasan setiap ahli pada masa itu ialah pengacara majlis , susun atur kerusi , pentas , menjaga slide , penyediaan hadiah dan sijil. Tepat jam 10.30pagi , Majlis penutupan Kem Kepimpinan dimulakan dan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku , lagu tema Inspirasi , dan diikuti dengan sedikit slide / video sepanjang kami berada di Kem Alapong selama 3hari 2malam . Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan pada masa itu dan melalui kenangan ini , kami dapat mengambil pengajaran yang diluahkan kepada kami dan kami sangat bangga kerana terpilih untuk ke Kem Alapong , Lundu .



Sesi majlis penutupan diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil peserta JPP baru ialah Navin . Dalam ucapan tersebut , Navin memohon maaf atas semua kesalahan kesalahan yang kami lakukan selama program kem kepimpinan ini berjalan . Selain itu , Navin mewakilkan kami semua seramai 14 JPP yang baru mengucapkan ribuan terima kasih atas penat lelah mereka terhadap kami dan mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar . Ucapan diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Haji , yang mana ucapan beliau amat berterima kasih dan bangga dengan prestasi kami sepanjang 3hari 2malam dan ucapan beliau ada menegaskan apa yang diajar dan kami perlu ambil sebagai pegangan ataupun prinsip prinsip apabila kami di luar sana nanti . Ucapan terakhir diteruskan oleh Cik Arissa yang mana juga berpuas hati dengan apa yang kami lakukan . Selain itu , beliau mengharapakan kami ada membawa sesuatu dari Kem Alapong tersebut sepanjang kami mengikuti program Kem Kepimpinan , seperti yang dikatakan oleh Tuan Haji “datang dengan kurus dan balik dengan isi yang gemuk” yang itulah diharapkan oleh semua pihak yang terlibat. Setelah ucapan , sesi penyampaian sijil kepada setiap peserta iaitu 14 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2011 – 2013 .
Navin salah seorang wakil JPP yang baru mewakilkan kami semua seramai 14 JPP yang baru mengucapkan ribuan terima kasih atas penat lelah mereka terhadap kami dan mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar 
Ucapan terakhir diteruskan oleh Cik Arissa yang mana juga berpuas hati dengan apa yang kami lakukan  

 Persembahan dari kumpulan biru kerana mereka mendapat tempat yang pertama dalam malam persembahan yang bertemakan “Hijau”.  Makan tengah hari diteruskan , kami makan tengah hari buat kali terakhir di Kem Alapong . Selepas makan , kami mengemas dan membersihkan meja makan dengan hiasan yang kami susun atur . Kami kemudian mengemaskan barang barang kami di khemah dan disimpan ke dalam kargo bas ICATS yang mana sudah lama menanti . Selepas habis berkemas , kami diminta berkumpul dan menurunkan bendera untuk kali terakhir kami di Kem Alapong dan sesi menyerahkan panji kepada Tuan Haji sebagai kenangan setiap ahli kumpulan dan sesi perpisahan kami dengan Tuan Haji dengan sedikit nyanyian perpisahan .Dan akhir sekali sesi gambar seramai kami 14 orang dan diikuti dengan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar lama (senior) sebagai kenangan yang paling terindah buat kami semua . Kami kemudian bertolak dari Kem Alapong untuk menuju pulang ke Kolej ICATS , perjalanan mengambil masa dalam 2jam dan akhirnya kami sampai dengan selamat . 
Persembahan dari kumpulan biru kerana mereka mendapat tempat yang pertama dalam malam persembahan yang bertemakan “Hijau”.


 

Aktiviti sesi perpisahan bersama Tuan Haji   dan Aktiviti sesi perpisahan bersama Tuan Haji dan berjabat tangan diantara kami 14orang JPP baru.

 
Berjabat tangan denan Staff Kem Alapong ... 
Inilah kami sekali lagi 14 ahli JPP Baru PPKS/ICATS 2011 - 2013 

Aktiviti sesi gambar bersama Ahli Jawatan kuasa Perwakilan Pelajar baru dan lama . Kenangan dan juga bersama Mis Arissa yang tidak dapat dilupakan sepanjang program kem kepimpinan ini dijalankan.

Inilah tempat kami menjalankan Program Kem Kepimpinan Perwakilan Pelajar di Kem Alapong , Lundu selama 3hari dan 2hari ....!! Terima Kasih Alapong ...!!!

Wednesday, November 2, 2011

22 OKTOBER 2011  HARI KEDUA KEM KEPIMPINAN


 Hari kedua tepat pukul 5.00pagi , bangun pagi dan masing masing membersihkan diri, dan ada yang pergi ke surau untuk solat subuh bagi mereka yang beragama Islam . Setelah selesai bersihkan diri , kami bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera dan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku . Kemudian kami membuat senaman pagi dan setiap kumpulan diminta jogging ke Pandan Beach mengikut kumpulan . Perjalanan jogging pada masa itu dalam setengah kilometer jarak jauh dari Kem Alapong. Setiba di pantai Pandan kami dikehendaki berkumpul dan diberi sedikit tugasan iaitu Aktiviti mencari bahan bahan di sekeliling pantai untuk aktiviti menghias meja makan . Setiap kumpulan dikhendaki mencari bahan untuk menghias meja kampung beralakan kampung. Ada yang mencari kulit cengkerang , tempurung kelapa , batu kecil pantai yang berbentuk , dan bunga . Kami diberi masa 10minit untuk mencari bahan hiasan meja pada masa itu , setelah siren dibunyikan , setiap kami ahli kumpulan kembali ke tempat Puan berdiri dan kami meneruskan perjalanan balik ke Kem dengan menggunakan jalan pantai . Keindahan pantai pada masa itu amatlah cantik dengan awan awan yang menyelubungi gunung dan ganang . Dalam perjalanan balik ada yang dari kami sempat mengambil bahan hiasan untuk menambahkan lagi bahan bahan yang kami guna untuk menghias . Sampai di Kem , kami teruskan aktiviti kami ialah menghias meja makan dengan bahan yang telah kami ambil di pantai tadi . Pada masa itu , masing – masing mengambil peranan dalam menyiapkan hiasan meja makan tersebut . Ada yang mencuci bahan yang telah ambil di pantai tadi , ada yang menyusun dan ada yang merekacipta . 
Ahl Kem Kepimpinan dari Kumpulan Kuning , Biru And Merah Aktiviti Cari Hiasan untuk Meja Makan

Antara Hasil Hiasan Meja yang diambil di Pantai Pandan

Setelah habis menghias meja makan yang ala – ala kampung , kami kemudian menikmati sarapan pagi untuk menambahkan tenaga kami dalam aktiviti seterusnya . Setelah sarapan pagi ada yang pergi bersihkan diri dan ada yang berkumpul di dewan makan untuk aktiviti seterusnya di Dewan . Siren dibunyikan dan kami semua pergi ke Dewan untuk taklimat dari Tuan Haji iaitu mengenai aktiviti menggembara . Dalam taklimat yang diberikan oleh beliau menerangkan langkah langkah keselamatan kami semasa menggembara di dalam Hutan. Perjalanan yang kami akan berjalan sepanjang 7kilometer pergi dan 7kilometer balik semuanya 14kilometer , perjalanan yang amat jauh . Kami juga diberi sedikit taklimat mengenai penggunaan Compas yang mana aktiviti tersebut dikenali sebagai Compas Mancing . Dalam aktiviti Compas Mancing kami diberikan kepada 3 checkpoint yang mana ianya akan menentukan tempat destinasi yang tepat untuk kami tujui . Dan juga kami diberi tugasan oleh Tuan Haji untuk mencari  tumbuhan Hijau iaitu “Flora dan Fauna” dalam setiap kumpulan. Setelah habis diberi taklimat tersebut ,kami kemudian diberi 10minit masa untuk kami bersiap sedia untuk menyediakan diri , membekalkan air minuman ataupun makanan , memakai pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan. 
 
Aktiviti Menggembara Di Kampung Pandan.
 . Siren dibunyikan oleh Tuan Haji dan itu menandakan bahawa perjalanan menggembara akan bermula sebentar lagi . Bacaan doa yang diiring oleh Suhadi dan mereka yang bukan beragama Islam berdoa dalam agama masing – masing . Perjalanan menggembara diteruskan dan diiringi dua orang JPP lama (senior) dan seorang ketua yang mana akan memastikan keselamatan kami setiap kumpulan selamat . Perjalanan yang amat jauh pada masa itu , dengan keadaan cuaca dipagi hari memberikan protein dalam badan . Setiba di sebuah perkampungan kami masuk dan teruskan lagi perjalanan menuju ke padang bola dimana kumpulan biru dan kuning dan para pengiring sudahpun berkumpul disana untuk masuk ke hutan. Kami kemudian mendengar sedikit lagi taklimat oleh Tuan Haji sebelum masuk ke dalam Hutan . Kemudian setiap satu kumpulan masuk ke hutan dengan arahan yang diberikan oleh Tuan Haji . Dalam perjalanan kami dikehendaki untuk mengambil gambar hijau iaitu “Flora dan Fauna” . Setelah sampai ke checkpoint yang pertama iaitu kumpulan biru dan diikuti oleh kumpulan merah dimana kami di checkpoint E , dan kami memulakan aktiviti kami iaitu aktiviti Compas Mancing yang diketuai oleh Navin . Aktiviti Compas ini memakan masa selama 1jam untuk kami sampai ke destinasi yang seterusnya . Dalam perjalanan kami menemui tumbuhan Hijau “Flora dan Fauna” dan kami sempat mengambil gambar sebagai bukti dari kumpulan kami 
Aktiviti Compas Mancing "Kumpulan Mermaid Rockz"

 Semasa dalam aktiviti menggembara kami kumpulan merah bekerjasama , saling membantu di antara kami dan juga komunikasi yang baik wujud di antara kami . Dalam aktiviti compas mancing semua ahli dalam kumpulan merah mengambil peranan dalam penggunaan compas. Berlaku sedikit masalah kumpulan merah apabila setiap kami kumpulan mempunyai masalah penglihatan “rabun jauh” disebabkan perjalanan menggembara kami mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi dan salah satu dari kami pun pada masa itu tidak menggunakan  “eye glasses”. Sampai ke tempat destinasi terakhir , kumpulan merah merupakan kumpulan akhir yang tiba ke tempat destinasi iaitu “checkpoint” yang terakhir. Destinasi yang terakhir ini kami setiap kumpulan dikehendaki untuk bentangkan tumbuhan Hjiau “Flora dan Fauna” yang telah kami temui . Perbentangan ini mengambil masa dalam 45minit kerana masa tidak mengizinkan pada masa itu. Selepas habis saja perbentangan kami kemudian bersiap untuk balik ke tempat permulaan menggembara kami, dalam perjalanan balik salah satu dari ahli setiap kumpulan dikehendaki untuk menutup mata menggunakan kain yang telah disediakan oleh Tuan Haji.  

Salah satu kumpulan yang menutup mata ....

  Tujuan ini dibuat adalah untuk memastikan setiap ahli fokus dengan maklumat yang disampaikan dengan betul. Setiap ahli dalam kumpulan mengambil peranan tersebut sehingga lah sampai yang Tuan Haji tetapkan. Perjalanan diteruskan lagi untuk balik semula ke Kem juga mengambil masa yang sedikit lama untuk sampai . Sesudah sampai kami ke Kem , kami kemudian berehat dalam beberapa minit dan makan tengah hari memandangkan hari sudah petang disebabkan masa yang terbuang begitu lama dengan aktiviti menggembara . Setelah habis makan tengah hari kami kemudian berehat sebentar untuk aktiviti petang kami seterusnya . Ada ahli yang pergi sembahyang dan ada yang berehat di Dewan membincangkan aktiviti malam persembahan sambil menunggu kedatangan ahli yang lain .  Setelah semua berkumpul di Dewan kami diberi sedikit taklimat dari Tuan Haji mengenai setiap amanah amanah kami seperti belon dan panji panji setiap kumpulan . Kumpulan Kuning dikenakan hukuman kerana panji mereka telah diambil oleh Sir . Dan mereka diminta untuk mencarinya atau akan dikenakan setiap ahli membawa kelapa tua semasa aktiviti petang kami . Aktiviti petang kami pada hari kedua ialah “Larian Berhalangan bersama “Amanah Tongkat Buluh” . Kami diberi sedikit peraturan – peraturan setiap halangan yang kami bakal tempuhi , salah satunya ialah memastikan setiap “Amanah Tongkat Buluh” setiap kumpulan tidak boleh kena pada setiap halangan dan juga sentiasa memastikan Panji dijaga dengan baik . Setiap kesalahan dibuat sudah pasti ada hukuman antara hukuman yang dikenakan pada masa itu ialah arang di muka ditambah lagi dengan air belacan , kemudian ada hukuman yang diminta kami baring dan mengangkat “Amanah Tongkat Buluh” bertubi tubi sebanyak 10kali dan ia kenalah seretak . 
Kumpulan Mermaid Rockz didenda iaitu "baring dan mengangkat “Amanah Tongkat Buluh” bertubi tubi sebanyak 10kali "

 Selain itu , hukuman kami berterusan dengan bermandikan pasir , dan lumpur yang agak kotor yang disapu pada kepala dan muka . Satu hukuman yang sangat bagus bagi kami ada tidak mendengar arahan Tuan Haji semasa memegang “Amanah Tongkat” itu . Aktiviti “Larian Berhalangan” ini berterusan sehingga habis section section yang mereka telah sediakan . Melalui aktiviti “Larian Berhalangan” ia dapat membantu kami bekerjasama , faham di antara satu sama yang lain , sokongan dari setiap ahli kumpulan dan juga dapat membantu mengawal kesabaran kerana sebagai seorang pemimpin haruslah mempunyai kesabaran dalam setiap tugas yang dilakukan tidak kira walaupun apapun keadaan . Setiap halangan yang kami tempuhi , kami berusaha untuk menghabiskan secepat yang mungkin dan mendengar arahan arahan yang diperintahkan oleh pihak AJK . Setelah tamat saja aktiviti “Larian Berhalangan” dan kami setiap kumpulan berjaya menghabiskan kami diberi peluang untuk bersihkan diri di Pantai selama 15minit dan dikehendaki mencuci “Amanah Tongkat Buluh” . Selama 15minit semua ahli bergembira kerana dapat mandi di pantai walapun sekejap saja . Kemudian kami bersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam setelah habis makan malam kami berehat sebentar kerana ada ahli yang beragama Islam Maghrib dan solat Isyak . Ada setengah ahli membincangkan tentang persediaan malam persembahan dan kami diberi 45minit untuk perbincangan malam persembahan bertemakan “Hijau” .
    Tepat pukul 9malam , bermulalah malam persembahan kami yang mana kumpulan kuning kumpulan pertama yang memulakan persembahan yang mengenai “Hijau” diikuti dengan kumpulan biru dan akhir sekali kumpulan Merah . Setiap persembahan ada idea dan kreativiti sendiri , contohnya kumpulan kuning dan biru masing masing persembahan yang menarik pada malam itu . Manakala kumpulan Merah menggunakan persembahan yang asli dari hutan iaitu penggembaraan kami pada pagi hari kedua kami gunakan untuk manfaat tumbuhan “Hijau” iaitu “Flora dan Fauna”. Setelah habis persembahan, markah persembahan pun diberi dan kumpulan biru mendapat tempat pertama dikuti oleh kumpulan kuning dan merah. Kemudian aktiviti kami seterusnya ialah sesi hukuman yang mana amanah – amanah yang diberikan seperti belon dan panji . Bagi ahli yang belon yang pecah , kurang angin diminta untuk berdiri di hadapan . Dalam sesi hukuman tersebut, Tuan Haji menegaskan bahawa setiap amanah yang diberikan amatlah penting dan perlu tahu betapa pentingnya setiap kami ahli menjaga setiap amanah yang diberikan. Hukuman yang diberikan pada masa itu ialah satu batang lilin yang pelbagai bentuk ada lilin yang pendek , sederhana dan ada lilin yang hampir nak habis . 
 
Aktiviti Hukuman "Lilin"
  Sesi hukuman ini adalah untuk menyedarkan bahawa pentingnya semangat sepasukan dalam setiap kumpulan . Dalam sesi hukuman ini kami bekerjasama dengan ahli yang dikenakan hukuman , antara hukuman yang pertama kami dikenakan ialah membawa lilin mengelilingi tempat Kem Alapong dan pastikan lilin tersebut tidak terpadam . Tuan Haji tidak berapa puas hati dengan kerjasama kami dan kami dihukum lagi dengan membawa lilin ke tempat yang tidak jauh dari pagar Kem Alapong . Pada mulanya kami seharusnya membawa lilin tersebut ke rumah kosong di pinggiran Kem Alapong akan tetapi perancangan tersebut tidak menjadi kerana kami memang tidak dibenarkan pergi ke sana dan kami kembali ke Dewan . Sekali lagi Tuan Haji masih tidak berpuas hati dengan kumpulan merah kerana berlakunya maslah yang tidak dapat Tuan Haji maafkan maka kami kumpulan merah dikenakan hukuman dengan membawa batu yang agak berat ditepi Dewan . Masing – masing membawa batu tersebut mengelililngi Kem Alapong . Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan pada masa itu dari itu lah kami dapat belajar mengenai erti Kerjasama , Tolong – menolong di antara kami dan juga erti “Satu Keluarga” . 
 Setelah habis sesi hukuman , kami mendapat pengajaran yang amat besar dalam setiap kami sebagai seorang pemimpin JPP yang baru . Kami kemudian menurunkan bendera dan sekali lagi kami dihukum oleh JPP (senior) kerana kesilapan kami ialah menurunkan bendera dengan menyanyi lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku . Kami disuruh “sit up” sebanyak 30kali dan kami diberi pengajaran . Dan kami bersurai dan menikmati tidur kami pada malam terakhir kami di Kem Alapong. 




Selepas Sesi Hukuman Terhadap saya :Suprise Chentaa" 

Tuesday, November 1, 2011

Pengalaman "Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PPKS/ICATS"



  Kem kepimpinan ini diadakan bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah tujuannya untuk memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai kelebihan dalam memimpin . Selain itu , kem kepimpinan ini diadakan adalah untuk kami sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) menjadi seorang ketua , pembuat keputusan , pentindak , perancangan dan perubahan dalam setiap diri kami . Matlamat kem kepimipinan ini juga adalah untuk kami memahami tugas tugas yang bakal kami lakukan sebagai JPP . Melalui kem kepimpinan  ini juga setiap kami ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat mempelajari ciri – ciri setiap kepimpinan seperti sentiasa tegas dan konsisten , ikhlas dan sabar , dan juga berperanan dalam mengambil berat dikalangan kami sebagai seorang pemimpin. Dalam kem kepimpinan ini ia dapat membantu setiap ahli JPP berkeyakinan dalam melaksanakan tugas tugas yang bakal dilakukan. Kem kepimpinan ini juga turut melatih dan mangajar ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk belajar lebih berdisiplin dari segi perwatakan , tingkah laku , pertututran diantara satu sama yang lain , dan sebagainya . 

 Hari Pertama Kem Kepimpinan <-- 21.011 
  Hari Pertama iaitu pada hari jumaat petang , semua ahli JPP lama dan JPP baru telah berkumpul di luar perkarangan kantin untuk menunggu Bas ICATS yang akan membawa kami semua ke Kem Alapong, Lundu. Kami berkumpul pada lingkungan jam 1.30 petang. Tapi atas sedikit masalah yang dialami oleh bas yang akan membawa kami ke sana , kami terpaksa menunggu dan bertolak pada jam 4 lebih , kira – kira 2 jam lebih , kami sampai ke kem Alapong , Lundu . Setiba di persimpangan kecil menuju ke kem Alapong , kami JPP baru diminta untuk turun dari bas , dan kami diminta berjalan kaki ke kem .  Kemudian , kami dikehendaki untuk mengeluarkan barang – barang kami dari kargo bas .dan kami disambut dengan mesra dengan pihak pihak pengurusan Kem Alapong. Kami berkumpul di dewan makan , sementara yang muslim diminta untuk mengejarkan kewajibpan ( sembahayang ) dan kami berkumpul semula untuk ucpara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku sebagai satu lambang hormat kita sebagai Rakyat Malaysia .
   Selepas itu , kami makan malam bersama lauk pauk yang telah disediakan yang mana ia berkonsepkan ala ala kampung dan kemudian bersihkan diri kami masing masing . Dan Kemudian siren dibunyikan , dan kami diminta untuk berkumpul di dewan dan kemudiannya kami mendengar taklimat oleh dikendalikan oleh Tuan Haji . Taklimat yang diberikan oleh Tuan Haji mengenai peraturan peraturan di dalam Kem Alapong .  Tuan Haji merupakan ketua fasilitator di kem Alapong . Kami diberikan dalam tiga kumpulan iaitu Biru , Kuning dan Merah mengikut warna belon yang telah kami ambil .

 Setelah dibahagikan dalam tiga kumpulan , Tuan Haji menerangkan kepada kami mengenai peraturan – peraturan dalam Kem Alapong sepanjang program Kem Kepimpinan ini dijalankan selama 3hari dan 2malam. Selain itu juga , beliau memberi sedikit penerangan mengenai setiap amanah amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan Kem Kepimpinan kepada kami seperti belon dijadikan sebagai tag nama kami dan aktiviti kami diteruskan lagi dengan mereka cipta panji dalam setiap kumpulan . Aktiviti mereka panji ini berlandaskan dengan idea tersendiri dalam setiap kumpulan . Panji ini kemudian dibentangkan di depan ahli ahli yang lain dan menerangkan maksud setiap ukiran , lakaran yang telah dibuat. Selepas perbentangan Panji dari setiap kumpulan , aktiviti seterusnya diteruskan oleh Tuan Haji dengan taklimat beliau mengenai Konsep 8M dan juga 7Alat Berfikir . Beliau menerangkan setiap huraian konsep 8M dan 7 Alat berfikir . 
    Aktiviti kami yang terakhir ialah Aktiviti Lilin dan Buluh . Dalam aktiviti ia adalah menguji kebijaksanaan kami bagaimana kami berfikir dengan mudah untuk memastikan setiap lilin tidak terpadam apabila kami melakukan aktiviti mengelilingi Kem Alapong tersebut . Selain itu, ia juga aktiviti ini dapat membantu kami setiap kumpulan bekerjasama dalam memastikan supaya lilin tersebut tidak padam . Dalam aktiviti tersebut terdapat banyak halangan yang kami tempuhi untuk memastikan lilin tidak padam . Setiba kami ke tempat permulaan aktiviti tadi salah satu lilin dari kumpulan merah terpadam dan manakala kumpulan biru dan kuning berjaya menamatkan aktiviti lilin dan buluh tanpa satu pun lilin mereka terpadam . Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat sejauh kreativiti setiap ahli kumpulan. Kami kemudian diakhiri dengan penurunan bendera dan masing masing kelihatan penat dan kami pun bersurai dan tidur untuk berehat kerana pada keesokan hari ada lagi aktiviti menanti kami 14 JPP yang baru .


Inilah Kami 14 JPP yang Baru Sesi 2011 - 2013 "We're Family" ..!!!

Will be contiunes hari kedua and ketiga ..................


 

"Di Mana Ku Cari Ganti" Nice this Song from P.Ramlee ..

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
... Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Monday, September 5, 2011

It's Me Again Jacinta Sapok Thomas .....

16.10.1991 ada meaning <-- Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Anda merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Anda suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik Anda.

OKTOBER ada meaningnya juaa and iaanya sebiji sama ngan hidup dan diri i <-- Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat... 



                         Tambahan <-- info adalah benar dan muktamad ... |'(-,^)"/